ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIX - AM



Seksyen 209. Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat untuk penyampaian.

Apabila seseorang dilepaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai yang mengikat jaminan itu, suatu alamat di mana semua notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam hal di mana orang itu tidak dapat dijumpai, atau atas sebab-sebab lain penyampaian kepadanya tidak dapat dilaksanakan, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan bagi orang itu di alamat tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.