ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 121. Pernyataan tuntutan.

(1) Semua prosiding mal dalam Mahkamah Syar'iah hendaklah dijalankan dengan memfail satu pernyataan tuntutan atau dengan membuat pengaduan lisan di Mahkamah itu, dan dalam mana-mana halpun fee yang ditentukan hendaklah dibayar.

(2) Jika pengaduan dibuat dengan lisan, Mahkamah hendaklah membuat pernyataan tuntutan itu bagi pihak yang menuntut, yang mana hendaklah ditandatangani dan difailkan olehnya.

(3) Pernyataan tuntutan itu hendaklah mengandungi nama-nama, alamat-alamat, dan perihal pihak-pihak, satu kenyataan yang ringkas dan tepat tentang alasan tindakan, tanpa hujah atau perincian yang tidak mustahak, dan satu kenyataan tentang kelegaan yang dituntut atau hukuman yang dipohon.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.