ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 42. Penggunaan wakaf.

Wakaf itu hendaklah dipakai:

(1) kepada semua harta wakaf yang alih atau takalih dalam Negeri sebelum atau kemudian daripada tarikh mula berkuatkuasa Enakmen ini;

(2) kepada semua tanah-tanah irsad di dalam Negeri sebelum atau kemudian daripada tarikh mula berkuatkuasa Enakmen ini; dan

(3) kepada semua wakaf orang-orang Islam atau bukan Islam samada yang bermastautin dalam Negeri atau tidak, sebelum atau kemudian daripada tarikh mula berkuatkuasa Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.