ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 162. Ajaran yang salah.


(1) Sesiapa mengajar atau menghuraikan kepada orang ramai apa-apa ajaran atau menjalankan apa-apa perbuatan berkaitan dengan Ugama Islam yang berlawanan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Jika, semasa dalam pembicaraan di atas sesuatu tuduhan di bawah seksyen ini ada berbangkit soal-soalan yang berkehendakkan penyelesaiannya dengan berpandukan sesuatu fatwa yang belum diakui atau dibuat dalam Negeri ini maka Mahkamah itu hendaklah merujukkan soalan itu dengan secara bertulis kepada Majlis dan Mahkamah itu hendaklah patuh kepada apa-apa penetapan yang dibuat oleh Majlis di atas soalan yang dirujukkan itu.

(3) Apabila rujukan dibuat di bawah seksyen-kecil (2), maka Mahkamah itu bolehlah menangguhkan pembicaraan kes itu hingga diterima penetapan dari Majlis.

(4) Semua ajaran yang salah bagi maksud seksyen-kecil (1), jika bertulis, maka Mahkamah hendaklah memerintahkan bagi barang-barang bertulis itu dirampas dengan arahan supaya dimusnahkan atau dengan apa-apa arahan yang sesuai sama ada pendakwaan dibuat atau tidak ke atas sesiapa pun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.