ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 85. Kesan perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Apabila suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat, semua perbicaraan lain bagi menguatkuasakan perintah nafkah yang berkaitan yang bermula sebelum perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat hendaklah digantung.

(2) Mahkamah yang olehnya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan pihak kena tuntut atau seseorang yang berhak menerima pembayaran-pembayaran di bawah perintah nafkah yang berkaitan, membuat satu perintah melepaskan atau mengubah perintah tahanan pendapatan-tenaga itu.

(3) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga adalah terhenti daripada berkuasa-

dan jika suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga terhenti daripada berkuatkuasa sebagaimana yang tersebut di atas Mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberi notis kehentian itu kepada orang yang baginya perintah itu telah diarahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.