ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 132. Merakamkan keterangan sebelum perbicaraan.

Mahkamah boleh, jika ada kemungkinan bahawa seseorang yang dicadangkan menjadi saksi dalam mana-mana prosiding tidak akan dapat memberi keterangan pada masa perbicaraan atau pendengaran, merakam keterangan yang bertulis daripada saksi itu dan keterangan yang dirakamkan sebegitu boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan atau pendengaran kelak, dengan syarat bahawa mana-mana pihak menentang telah diberi peluang sewajarnya untuk hadir dan menyoal balas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.