ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 42. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

(1) Majlis boleh menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan agama yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang merupakan perbuatan atau amalan agama yang meliputi seluruh Persekutuan menurut Perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat dan syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.