ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 90. Penubuhan Baitulmal.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(2) Kecuali dinyatakan sebaliknya di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini, Baitulmal hendaklah mengandungi semua wang dan hartabenda, yang boleh dialih atau tak alih, yang mengikut Hukum Syara' atau menurut mana-mana peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang diperbuat di bawahnya, terakru atau disumbangkan oleh mana-mana orang kepada Baitulmal.

(3) Kesemua zakat atau fitrah yang dipungut menurut Bahagian ini hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal dan hendaklah disimpan di dalam akaun yang berasingan di dalam Baitulmal.

(4) Semua wang dan hartabenda di dalam Baitulmal hendaklah terletakhak kepada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan hartabenda itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini:

Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan kumpulan-kumpulan wang yang terletakhak pada Majlis bolehlah dijual, dihasilkan dan dilupuskan dan hasil-hasil daripadanya bolehlah dilaburkan dari masa ke semasa di dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh mana mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa bagi pelaburan wang amanah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.