ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 139. Prosedur pada masa perbicaraan.

(1) Apabila rayuan hendak dimulakan untuk pembicaraan, perayu atau Peguam Syarienya hendaklah diberi peluang terlebih dahulu membentangkan hujahnya, kemudian penentang atau Peguam Syarienya dibenarkan menjawab, dan akhir sekali perayu hendaklah diberi hak menggulung.

(2) Jika perayu atau Peguam Syarienya tidak hadir untuk menyokong rayuannya, Mahkamah boleh membuat keputusan atau membuang rayuannya itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat apa-apa perintah dalam kes di mana perayu berada di luar bidangkuasa Mahkamah atau ia tidak menghadirkan dirinya sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.