ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 64. Perbuatan seseorang yang tak sempurna akal.

(1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukan perbuatan itu, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan berlawan dengan undang-undang.

(2) Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan-


maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak sempurna akal.

(3) Dalam seksyen ini, "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.