ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIII - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 180. Pelepasan harta.

(1) Jika si piutang perlaksanaan tidak, dalam tiga hari selepas disampaikan kepadanya bantahan itu, meminta bailif melepaskan harta itu, ia adalah disifatkan mempertikaikan bantahan itu.

(2) Jika si piutang perlaksanaan tidak mempertikaikan bantahan itu ia tidak boleh dalam ketiadaan hal-hal istimewa, dikenakan membayar gantirugi tetapi ia hendaklah bertanggungjawab membayar kepada pembantah, perbelanjaan dan kos yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.