ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN



Seksyen 29. Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa.

(1) Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan, tetapi Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif belurn dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, rnelainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

(4) Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika prosiding itu diteruskan, plaintif belum dewasa hendaklah memohon unluk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah boleh merninda tajuk itu dan melepaskan penjaga ad litemnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.