ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.

(1) Pemeriksaan rahsia hendaklah dibuat dengan Surat Rahsia di mana Hakim akan menulis nama pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa dan perkara yang dituntut atau didakwa, juga nama saksi, pengenalan, pekerjaan, tempat tinggal bagi memperkenalkan dan menerangkan saksi tersebut dengan cara yang jelas.

(2) Maklumat itu akan diendorskan ke dalam satu sampul yang dimeterai, sampul itu kemudiannya diberikan kepada orang yang dipilih untuk menjadi pemeriksa saksi. Sebaik sahaja sampul itu diterima dan dibaca oleh pemeriksa saksi, dia hendaklah menulis di bawah nama saksi itu perkataan "adil" jika didapati saksi itu adil dan "tidak adil" jika didapati saksi itu tidak adil serta menandatangani dan menghantarkan surat itu kembali kepada Hakim.

(3) Apabila "Surat Rahsia" itu dikembalikan kepada Hakim dan tidak terdapat perkataan "adil" dari pemeriksaan saksi tentang saksi tersebut, tetapi terdapat perkataan yang memberi makna tidak adil (jurh) secara jelas atau tersirat, hakim bolehlah meminta pihak menuntut atau mendakwa membawa saksi lain.

Huraian- Jika pemeriksa itu saksi tidak adil, atau dia tidak mengetahui hal keadaan saksi itu atau keadaan tidak diketahui atau menulis Wallahu'a'lam atau dia tidak menulis apa-apa perkataan, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.