ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 23. Perwakilan kuasa dan tugas-tugas.


(1) Majlis boleh dengan ketetapan, dan tertakluk kepada keadaan tertentu dan sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, mewakilkan kuasa kepada Pengerusi atau Setiausaha atau mana-mana Jawatankuasa Majlis, perlaksanaan tugas atau perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pengerusi, Setiausaha atau Jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua perbuatan dan perkara yang dibuat olehnya atau oleh Jawatankuasa itu mengikut perwakilan kuasa di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.