ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 75. Fasah.


(1) Seorang isteri bolehlah meminta fasah dengan mengambil tindakan Mahkamah di Mahkamah Kadi Besar mengikut Hukuman Syara'

(2) Apabila tindakan mahkamah di bawah seksyen-kecil (1) difailkan di Mahkamah Kadi Besar, Mahkamah itu hendaklah menyerahkan notis pembicaraan kepada suaminya.

(3) Jika si suami itu tidak dapat dikesan atau tidak ada di dalam negeri ini maka notis itu:


serahan seperti itu hendaklah dianggap bahawa notis itu telah pun diserahkan dengan sempurnanya.

(4) Jika pegawai penyerah notis dapat bertemu dengan si suami tetapi si suami tidak mahu menerima notis yang hendak diserahkan, maka pegawai penyerah notis itu bolehlah meninggalkan notis itu di hadapan suami itu dan ini hendaklah dianggap bahawa notis itu telah pun diserahkan dengan sempurnanya.

(5) Hukum fasah tidak boleh dijatuhkan melainkan mengikut peruntukan-peruntukan Hukum Syara' dan di atas keterangan-keterangan si isteri dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang lain.

(6) Apabila dijatuhkan hukuman fasah maka hendaklah Kadi Besar mendaftarkan sebagai cerai fasah dan mengeluarkan surat keterangan cerai mengikut borang yang ditetapkan baginya kepada si isteri itu.

(7) Kadi Besar boleh menjalankan pembicaraan dan memberi keputusan kepada permohonan fasah ini, walau pun si suami itu tidak hadir, dengan syarat notis itu telah diserahkan dan pengakuan penyerahan itu telah diberi dengan bersumpah atau berikrar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.