ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 24. Takfir.

(1) Sesiapa yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, mengalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam-
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi -

(2) Sesiapa yang mentafsir secara menyeleweng mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.