ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXIV - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA



Seksyen 184. Perintah perlindungan.

Mahkamah bolehlah atas permohonan mana-mana pihak membuat perintah sementara bagi maksud menyimpan mana-mana harta dalam pembicaraan, atau menjaga hak mana-mana pihak sementara menunggu pembicaraan atau memudahkan pembicaraan dalam prosiding, dan boleh membenarkan pindaan mana-mana prosiding atau membetulkan mana-mana kesalahan mengikut terma-terma yang patut. Mana-mana permohonan itu hendaklah dibuat secara lisan tetapi pihak yang terlibat dengannya diben peluang untuk didengar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.