ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 PENGUATKUASAAN



Seksyen 153. Pelaksanaan oleh atau terhadap suatu orang yang bukan pihak.

(1) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat suatu perintah atau yang bagi faedahnya suatu perintah dibuat, berhak menguatkuasakan pematuhan itu melalui proses yang sama seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.