ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa berkehendak Mahkamah membuat hukuman tentang apa-apa jua hak atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung atas wujudnya nyataan yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan itu wujud.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan ada sesuatu nyataan, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak atas orang itu.

MISALAN

A berkehendak Mahkamah memberi penghakiman supaya B dihukum kerana jenayah yang A kata telah dilakukan oleh B.

A mestilah membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.