ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 80. Bila cara kesalahan itu dilakukan mesti dinyatakan.

Apabila jenis kes itu berkeadaan bahawa butir-butir seperti yang tersebut dalam seksyen 78 dan 79 tidak mencukupi untuk memberitahu tertuduh tentang perkara yang dia dipertuduhkan, maka pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir yang mencukupi bagi tujuan tersebut tentang cara yang mana kesalahan yang dikatakan telah dilakukan itu setakat yang mencukupi bagi tujuan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.