ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 8. Penubuhan Mahkamah-Mahkamah dan bidangkuasanya.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bolehlah melalui pemberitahu dalam Warta menubuhkan:

(2) Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri.

(3) Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Besar hendaklah meliputi seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh Qadhi Besar.

(4) Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Khas hendaklah meliputi seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh Qadhi Khas.

(5) Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Jajahan hendaklah meliputi seluruh Jajahan di mana Mahkamah itu ditubuhkan dan mana-mana Qadhi Jajahan hendaklah mengetuai Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.