ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 9. Kumpulan Wang.
(1)
Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Jemaah hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai "Akaun Sekolah Islam", yang ke dalamnya hendaklah dibayar masuk-
(a)
apa-apa jumlah wang yang diterima oleh Jemaah;
(b)
wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian, debentur atau syer yang diperolehi oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;
(c)
wang yang dikutip daripada yuran-yuran;
(d)
wang yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diberikan oleh Kerajaan atau pihak-pihak berkuasa tempatan;
(e)
jumlah-jumlah wang yang dipinjam dan didapati oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan
(f)
segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara kena dibayar atau diletakhakkan kepada Jemaah.
(2) Jemaah boleh membayar daripada kumpulan wangnya-
(a)
segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal, yang dilakukan oleh Jemaah di dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
(b)
wang untuk membayar balik pinjaman yang diterima oleh Jemaah menurut kuasanya untuk meminjam;
(c)
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.
(3) Jemaah boleh melaburkan kumpulan wangnya dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.