ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 98. Sumpah palsu dan sebagainya untuk mendapatkan perkahwinan.

Jika seseorang bagi maksud mendapatkan suatu perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat sesuatu akuan yang palsu atau menandatangani dokumen atau perakuan yang palsu, yang mana perakuan itu dikehendaki oleh Enakmen ini maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.