ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 78. Orang-orang yang berhak kepada penjagaan ke atas diri dan harta.

(1) Sungguhpun hak terhadap hadhanah atau penjagaan anak boleh diletak hak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-
Dengan syarat bahawa ia adalah seorang beragama Islam, dewasa, siuman dan boleh dipercayai.

(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa mutlak untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka dengan syarat bahawa ia adalah siuman.

(3) Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidak boleh dipakai untuk membenarkan penjaga-penjaga itu menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta kanak-kanak itu, dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seseorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud seksyen ini seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.