ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Qarinah
Seksyen 37. Bila pendapat tentang kelaziman, rukun, dsb., ialah qarinah.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang -
(a) kelaziman dan rukun mana-mana kumpulan orang atau keluarga;
(b) penubuhan dan pentadbiran mana-mana yayasan agama atau khairat; atau
(c) pengertian perkataan atau istilah yang digunakan di dalam daerah tertentu atau oleh golongan orang tertentu.
maka pendapat orang yang mempunyai cara-cara yang khas bagi mengetahuinya ialah
qarinah
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.