ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK
Seksyen 61. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi anak.
(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah anaknya-
(
a
) jika ia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan yang menasabah bagi anaknya itu;
(
b
)
jika ia telah meninggallangsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya ;
(
c
)
dalam masa menanti keputusan suatu pembicaraan hal ehwal suami isteri; atau
(
d
)
apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seorang lain.
(2) Mahkamah juga berkuasa memerintahkan seorang yang bertangggungan di bawah Hukum Syarak membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seorang anak jika Mahkamah berpuashati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah menasabah bagi Mahkamah memerintah sedemikian.
(3) Suatu perintah di bawah seksyen-kecil (1) atau (2) boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang menjaga dan mengawal anak itu atau kepada pemegang amanah bagi anak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.