ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 198. Hukuman kerana melanggar seksyen-seksyen 167 dan 168.

(1) Barang siapa melanggar seksyen 167 atau 168 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mahkamah boleh, tertakluk kepada apa-apa hak mana-mana pihak ketiga, memerintahkan orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 167 (1) supaya merobohkan bangunan yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.