ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 57. Pemeriksaan saksi-saksi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang sepatutnya mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah dibuat secara bertulis apa-apa pernyataan yang diberi oleh orang yang diperiksa sedemikian itu.

(2) Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu.

(3) Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

(4) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah sebolehnya dicatatkan secara bertulis dan ditandatangani atau diletakkan dengan cap ibu jari, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang yang membuatnya di hadapan dua orang saksi, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.