ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 193. Jika orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Apabila dibuktikan sehingga Hakim berpuas hati bahawa mana-mana saksi yang terikat untuk memberi keterangan dalam perbicaraan mana-mana kesalahan boleh tangkap berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa keadilan akan gagal jika orang itu tidak hadir semasa perbicaraan untuk memberi keterangan, Hakim boleh, atas permohonan Ketua Pendakwa Syarie atau tertuduh dan selepas peruntukan sewajarnya dibuat untuk saraannya dan untuk dia diberi pampasan bagi penahanannya dan kerugian masanya, menghukumkan orang itu ditahan dalam penjara sivil sehingga perbicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan semasa perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.