ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Diri dan Harta



Seksyen 101. Penjaga bagi anak yatim.

Jika bapa dan datuk lelaki sebelah bapa seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang-Orang Muda 1947 [Akta 232], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa kehadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.