ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 173. Membayar atau menerima zakat atau fitrah kepada atau oleh orang yang tidak berkuasa.


Sesiapa yang wajib membayar Zakat atau Fitrah membayar kepada seorang bukan Amil, dan sesiapa yang bukan Amil menerima atau mengutipnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.