ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Lembaga" ertinya badan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dan dikenali sebagai "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991[En. 1/1991.];

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah Timbalan Pendaftar;

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana sekolah agama Islam di dalam Negeri Sembilan, termasuk masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, di mana dua puluh orang atau lebih didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.