ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 116. Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan.

Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang mengenainya pihak yang satu lagi itu telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, maka pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakan dokumen itu menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.