ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN II - MAJLIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL
Seksyen 9. Peletakhakan kepada Majlis.
(1) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan untuk meletakhakkan kepada Majlis apa-apa
mawquf
yang didaftarkan di bawah seksyen 6 dan 7.
(2) Apa-apa
mawquf
yang diletakhakkan kepada Majlis hendaklah terletakhak kepada Majlis tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan dan hendaklah terletakhak sedemikian dengan hakmilik, estet atau kepentingan dan pegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletakhak sebelum pendaftaran wakaf itu di bawah seksyen 6 dan 7.
(3) Apa-apa
mawquf
yang telah diletakhakkan kepada Majlis tidak boleh dipindahhakkan, diserahkan, diserahhakkan, digadaikan, dicagarkan, dipinjamkan atau dipindahmilikkan kecuali bagi maksud subseksyen 12(1) atau menurut
fatwa
yang dibuat oleh Jawatankuasa
Fatwa
.
(4) Peletakhakan apa-apa harta tidak alih hendaklah menurut Kanun Tanah Negara.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.