ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Perkahwinan yang Tertakluk kepada Undang-Undang Negara Asing



Seksyen 122. Perkahwinan yang tertakluk kepada undang-undang negara asing atau yang diakadnikahkan di luar negeri di Enakmen ini.

Jika, selain daripada Enakmen ini, apa-apa perkara yang menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan itu diputuskan, mengikut kaedah-kaedah Undang-undang Antarabangsa Persendirian, dengan merujuk kepada undang-undang sesuatu negara asing, maka Mahkamah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.