ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 84. Bila pembicaraan baharu boleh diarahkan atau pembicaraan digantung.

Jika pertuduhan yang baharu atau yang diubah atau ditambah itu akan memudaratkan orang yang dituduh atau pihak pendakwaan jika pembicaraan dijalankan dengan serta-merta seperti yang disebutkan di atas, maka Mahkamah bolehlah mengarahkan supaya mengadakan sesuatu pembicaraan baharu atau menangguhkan pembicaraan itu selama tempoh yang difikirkan mustahak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.