ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 196. Notis perlu diberi bagi pembelaan alibi.

(1) Di dalam mana-mana perbicaraan jenayah orang yang dituduh cuba mengemukakan bagi membela diri secara alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima kecuali orang yang dituduh telah memberi notis secara bertulis kepada Ketua Pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah dimasukkan perkara-perkara mengenai tempat di mana orang yang dituduh dikatakan berada pada masa berlakunya kesalahan yang dia dituduh, berserta dengan nama alamat mana-mana saksi yang dia bercadang hendak panggil bagi tujuan mengemukakan alibinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.