ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 115. Kebenaran nikah.

(1) Juru Nikah tidak akan menjalankan mana-mana perkahwinan melainkan setelah menerima permohonan daripada pihak lelaki dan pihak perempuan melalui borang-borang permohonan yang tertentu dan borang-borang itu hendaklah sampai kepada pendaftar dalam tempoh tujuh hari sebelum perkahwinan itu dijalankan, kecuali perkahwinan itu mustahak dijalankan dengan segera oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan menasabah pada pendapat Kadi.

(2) Juru Nikah tersebut tidak boleh meakad nikahkan mana-mana orang yang datang daripada luar kawasan atau daerahnya, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kadi Daerah di mana orang yang hendak dinikahkan itu lazimnya tinggal.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.