ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
SURATAN AWAM
Seksyen 61. Bukti suratan rasmi.
(1)
Suratan awam yang berikut bolehlah dibuktlkan-
(a)
tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam peruntukan dalam mana-mana jabatannya-
(i) dengan jaIan rekod bagi jabatan itu, yang diperakui oleh ketua bagi jabatan masing-masing;
(ii) oleh seseorang Menteri sekiranya bagi Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Kerajaan Negeri jika ada atau Setiausaha Negeri sekiranya bagi Kerajaan Negeri; atau
(iii) dengan jalan apa-apa suratan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa kerajaan yang berkenaan itu;
(b)
Perjalanan mesyuarat Parlimen, MajIis Mesyuarat Perundangan dan Dewan-Dewan Perundangan Negeri-
(i) dengan jalan minit mesyuarat badan itu;
(ii) dengan jalan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang diterbitkan;
(iii) dengan jalan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
(c)
perjalanan mesyuarat sesuatu badan perbandaran atau Iembaga bandaran di dalam Malaysia-
(i) dengan suatu salinan minit mesyuaratnya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang; atau
(ii) dengan jalan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan yang tersebut itu;
(d)
tindakan pemerintah atau perjalanan mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing-
(i) dengan jalan warta yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian itu;
(ii) dengan jalan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi meteri negara itu atau meteri Rajanya; atau
(iii) dengan jalan sesuatu pengiktirafan atasnya dalam sesuatu Enakmen, Ordinan dan Akta Awam Malaysia; dan
(e)
suratan awam dari apa-apa jenis lain di dalam sesebuah negara asing-
(i) dengan jalan naskah asalnya; atau
(ii) dengan jalan suatu salinannya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi undang-undang, berserta dengan suatu perakuan yang mengandungi meteri seseorang pegawai Bahagian Konsul Persekutuan yang menyatakan bahawa salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada naskah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan apabila jenis suratan itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.