ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXIII - PERBICARAAN BANTAHAN



Seksyen 185. Perbicaraan.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut, Mahkamah hendaklah memberi kepada pemiutang perlaksanaan dan pembantah notis perbicaraan bantahan itu tidak kurang daripada dua hari genap dan bantahan itu hendaklah dibicara dan diputuskan seperti juga ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah plaintif dan pemiutang perlaksanaan defendan.

(2) Bailif tidak boleh menjadi salah satu pihak dalam prosiding ini kecuali jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan di pihak pembantah harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan atas permohonannya, Mahkamah bolehlah menghukumkan suatu jumlah berpatutan sebagai ganti-rugi kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos prosiding bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah menghukumkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi jumlah yang terdapat dari hasil penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah tidak memutuskan di pihak pembantah ia boleh menghukumkan pada pemiutang perlaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam perlaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos perbicaraan bantahan dan perlaksanaan hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi menuntut kepentingan keatasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat perintah sebagaimana patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.