ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 130. Keterangan-keterangan.

Daftar-daftar dan tiap-tiap salinan atau cabutan yang disah dan diakui oleh Pendaftar atau pegawai yang menjaganya iaitu salinan yang benar daripada daftar-daftar itu dan surat-surat akuan yang dikeluarkan oleh seseorang Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie di dalam semua Mahkamah-mahkamah dan pembicaraan-pembicaraan dalam Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.