ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
PENUBUHAN DAN BIDANG KUASA



Seksyen 16. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

(2) Apabila suatu rayuan terhadap suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak, memberi kebenaran baginya memutuskan sendiri apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

(3) Apabila kebenaran telahpun diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan soal yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh buat, dan sebagaimana yang difikirkannya adil bagi penyelesaian rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.