ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 59. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri, dan akibat nusyuz.
(1) Tertakluk kepada Undang-Undang Islam, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan pengesahan Mahkamah, seorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia
nusyuz,
atau enggan dengan tidak sepatutnya menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-
(a) apabila dia menjauhkan dirinya atau enggan disetubuhi oleh suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Undang-Undang Islam.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi
nusyuz
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.