ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 110. Jaminan dan tahanan.

(1) Apabila seseorang yang dituduh itu dihadapkan ke Mahkamah, Mahkamah boleh terus mendengar pertuduhan terhadapnya atau menangguhkan atau menempohkan kes itu dengan syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan bagi selama masa yang difikirkannya munasabah dan boleh membenarkan kepadanya jaminan, yang mana bolehlah diterima atas wang tunai atau bon dengan penjamin atau tidak.

(2) Pada masa mengeluarkan waran tangkap, Mahkamah boleh memberi kuasa kepada polis untuk memberi jamin dengan apa-apa syarat yang tercatat di dalam waran itu.

(3) Jika pendengaran pertuduhan terhadap seseorang yang dituduh itu ditangguh atau ditempohkan, maka orang itu hendaklah melainkan jamin telah diberi, ditahan dengan waran Mahkamah di dalam jagaan dan ditahan dalam penjara sementara menanti perbicaraan.

(4) Mana-mana Mahamah tidak boleh menahan di dalam jagaan seseorang yang dituduh bagi tempoh masa yang lebih daripada lapan hari pada sesuatu ketika.

(5) Perbicaraan seseorang yang dituduh yang ditahan di dalam penjara hendaklah dijalankan dengan seberapa segera yang boleh dan terdahulu daripada segala kerja lain Mahkamah itu, dengan tidak menghiraukan sekalipun kerja itu telah ditetapkan dengan khasnya untuk diselesaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.