ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X - PERBICARAAN



Seksyen 95. Kuasa melepaskan daripada tuduhan dengan bersyarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apapun yang terkandung dalam seksyen 94, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Apabila mana-mana orang yang dituduh di hadapan Mahkamah dengan kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah mendapati bahawa tuduhan itu adalah terbukti tetapi berpendapat bahawa dengan melihat kepada watak, latar belakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal orang yang dituduh itu, atau kepada kecilnya kesalahan yang dilakukan itu, atau kepada hal-keadaan yang meringankan di dalam masa kesalahan itu dilakukan, adalah tidak suai-manfaat dikenakan sebarang hukuman atau hukuman selain dari hukuman ringan atau adalah suai-manfaat melepaskan pesalah itu dengan percubaan, Mahkamah boleh, tanpa merekodkan sabitan kesalahan, mengeluarkan perintah sama ada -

(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada hukuman itu, memerintahkan pesalah itu membayar pampasan atas kecederaan atau kehilangan atau membayar kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah atau membayar kedua-dua pampasan dan kos tersebut.

(4) Jika Mahkamah berpuashati dengan maklumat yang diberi dengan jalan sumpah bahawa pesalah itu gagal mematuhi sebarang syarat bonnya itu maka bolehlah dikeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu.

(5) Mana-mana pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut itu, jika tidak dibawa segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang mana boleh -

(6) Jika pesalah itu ditahan dengan waran, ia bolehlah dipenjara dan waran tahanan hendaklah mengarahkan supaya ia dibawa ke Mahkamah di mana ia dikehendaki hadir untuk menerima hukuman atau untuk menjawab soalan berkenaan dengan kelakuannya sejak ia dilepaskan.

(7) Seksyen ini tidak terpakai apabila kesalahan itu bersabit dengan hukuman Hudud Syarie atau qisas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.