ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - PERBICARAAN



Seksyen 100. Butir-butir, yang hendak dicatatkan.

(1) Dalam perbicaraan di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan rekod berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut borang yang ditetapkan dan, jika semua butir-butir yang perlu tidak dapat dimasukkan dengan mudahnya dalam mana-mana borang itu, maka hendaklah dilampirkan kepada borang itu apa-apa bilangan kertas sambungan yang difikirkan perIu.

(2) Butir-butir yang mesti dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk:
(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.