ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
KIRA-KIRA



Seksyen 51. Penyata Tahunan.

Majlis hendaklah menyuruh kira-kira yang penuh dan betul bagi Baitul-Mal supaya disimpan dan hendaklah seberapa cepat mungkin selepas 31 haribulan Disember pada tiap-tiap tahun, mengeluar dan menerbitkan di dalam Warta Kerajaan satu penyata berkenaan dengan pekerjaan-pekerjaan Majlis dalam tahun yang lepas, bersama-sama dengan satu timbangan kira-kira Baitul-Mal, dan Zakat dan Fitrah sebagaimana pada 31 haribulan Disember, satu kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu, dan satu senarai harta-harta dan tanaman modal (investment) Baitul-Mal yang menunjukkan harga-harganya, jika dibeli, dan nilai yang dianggarkan pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.