ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IV - ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT



Seksyen 24. Orang-orang tak upaya.

(1) Jika seseorang yang dengan sahnya mempunyai arahan, kawalan atau pengurusan terhadap mana-mana harta bagi pihak orang yang tak upaya menerima pendapatan kasar atau aset orang tak upaya itu daripada segala punca bagi tempoh asas yang berkenaan bagi suatu tahun taksiran, orang yang mula-mula tersebut itu bolehlah ditaksirkan dan dikenakan zakat berkenaan dengan pendapatan atau aset itu bagi pihak orang tak upaya itu.

(2) Jika tidak ada orang yang boleh ditaksirkan atau dikenakan zakat menurut kuasa subseksyen (1) berkenaan dengan pendapatan atau aset seseorang orang tak upaya, Setiausaha boleh, jika difikirkannya patut, melalui notis bertulis melantik mana-mana orang menjadi agen kepada mana-mana orang lain supaya menjadi agen kepada orang tak upaya bagi segala atau mana-mana maksud Enakmen ini, dan jika mana-mana orang dilantik sedemikian bagi segala maksud itu, dia bolehlah ditaksirkan dan dikenakan zakat bagi pihak orang tak upaya itu.

(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1) atau (2), jika orang tak upaya ditaksirkan dan dikenakan zakat ialah seorang wasi, maka dia hendaklah ditaksirkan dan dikenakan zakat bagi pihak wasi itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.