ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 94. Mahkamah akan memutuskan sama ada keterangan boleh diterima.

(1) Apabila mana-mana pihak bercadang hendak memberi keterangan mengenai apa-apa fakta, Mahkamah boleh bertanya kepada pihak yang bercadang hendak memberi keterangan itu bagaimanakah fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi relevan; dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, akan menjadi relevan dan tidak sebaliknya.

(2) Jika fakta yang dicadang hendak dibuktikan itu adalah satu fakta yang keterangan mengenainva boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang disebut kemudian itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang disebut terdahulu itu, melainkan jika pihak itu mengakujanji akan membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hali dengan akujanji itu.

(3) Jika kerelevanan satu fakta yang dikatakan adalah bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu fakta lain yang dikatakan maka Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberi sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, ataupun menghendaki supaya keterangan diberi mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang pertama.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.