ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIII - KEPAPAAN



Seksyen 248. Permohonan menuntut atau membela sebagai seorang papa.

(1) Mana-mana orang, yang ingin memulakan atau membela mana-mana tindakan atau lain-lain pembicaraan sendiri, dan tidak upaya membayar fee Mahkamah mengenainya boleh memohon kepada Mahkamah, untuk mendapat izin bertindak atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah melalui ikrar dalam borang yang ditetapkan dan pemohon hendaklah menyata di dalamnya-

(3) Ikrar itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkaitan dan hendaklah diperakukan oleh pemohon itu di hadapan Kadi atau Pendaftar.

(4) Apabila Mahkamah telah berpuas hati-

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon itu (selepas ini dipanggil "seorang papa") menuntut atau membela mengikut mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses dalam tindakan itu atau lain-lain pembicaraan dan entri berkaitan dalam buku daftar hendaklah di tanda 'seorang papa'.

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.